Tuesday, 29 April 2014

Batik Pelangi

BATIK

Batik Pelangi

Di Malaysia batik pelangi merupakan warisan seni tekstil yang sudah lama mewarnai kemahiran masyarakat ini. Batik pelangi merupakan kain yang mempunyai pelbagai warna seperti pelangi dan digunakan sebagai kain selendang, atau kain ikat pinggang bagi lelaki.




Sejarah

Batik pelangi berasal dari India sejak abad-18an dan dikenali sebagai bandhani. Perkataan Bandhani ini berasal dari perkataan Hindustan yang bermaksud 'to tie'. Batik pelangi ini di bawa masuk ketika zaman melaka maju dengan dangangan yang datang dari seluruh negara.

Di Tanah Melayu, batik mula diperkenalkan sejak abad ke-15 masihi iaitu di zaman pemerintahan parameswara di Melaka. Pada tahun 1770an, batik pelangi telah diperkenalkan di kepulauan Melayu. Batik Pelangi merupakan kain batik yang pertama dan paling lama wujud di tekstil. Ciptaan batik pelangi dikenali sejak zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin II iaitu SultanTerengganu(1773-1808).

Pada zaman itu, Minah Pelangi yang merupakan salah seorang tukang tenun istana telah menghasilkan kain yang berwarna-warni dengan menggunakan teknik ikat celup yang kemudiannya dikenali sebagai teknik pelangi. Minah Pelangi merupakan tokoh pertama yang membuat kain Pelangi ini.

Pada tahun 1911, apabila Haji Che Su Bin Haji Ishak memulakan perusahaan batik di kawasan Lorong Gajah Mati, Kota Bharu Kelantan. Pada Masa itu teknik pembuatan batik hanya menggunakan teknik ikat celup dan teknik ini di kenali sebagai 'batik pelangi'.

Warna-warna Batik Pelangi

Batik Pelangi menggunakan warna yang boleh di perolehi daripada alam sekitar seperti kulit buah-buahan, daun-daunan, batang-batang dan akar kayu. Kesemua bahan perwarna alami ini di rebus dahulu sebelum di tapis dan digunakan untuk celup batik pelangi.

Batik Pelangi menggunakan warna-warna cerah atau muda seperti kuning, hijau muda dan putih untuk corak pelangi dan menggunakan warna-warna gelap seperti biru tua, merah tua dan hijau tua sebagai latar belakang.


Teknik-teknik Membuat Batik Pelangi

  • kain putih daripada jenis-jenis kapas dibentang di atas lantai diikuti proses menekap motif ke atasnya.
  • kain dijahit jelujur di atas garisan motif yang telah ditetapkan sehingga habis

  • hasil sehelai kain sarung yang diperolehi setelah jahitan di buat siap.
  • punca dan hujung benang di tarik kedua-dua belah sehingga rapat dan diikat mati.
  • persediaan bahan-bahan pewarna alam, pemati warna dan air bersih untuk proses mencelup.
  • pewarna alam yang direbus dicurah ke atas kain secara bertompok-tompok.
  • kain dicelup ke dalam air kapur bagi mematikan warna agar tidak luntur dan kekal bagi warna yang dikehendaki dan dibilas dengan air bersih .
  • benang yang dijahit pada kain ditanggalkan dengan menggunakan gunting secara berhati-hati.
  • hasil yang diperolehi setelah ikat benang ditanggalkan dan kesan jahitan yang ditinggalkan.




Keistimewaan Batik Pelangi

Batik pelangi adalah kain yang sangat istimewa, ini kerana batik pelangi mempunyai susun atur corak yang menyerupai reka letak kain batik, dengan itu kain batik pelangi ini turut diketegorikan sebagai kain batik walaupun proses pengeluarnya tidak menggunakan lilin.

Kain batik pelangi terkenal dengan tekniknya yang rumit dan halus, disebabkan hal ini teknik ikat celup (tie and dye) yang lebih kurang sama tekniknya dengan pelangi kecuali tidak ada susun atur motif atas kain di wujudkan


Di Malaysia kain ini, kini susah didapati malah hampir tiada lagi yang mengusahakan kain batik pelangi ini. Namun di negara lain sepert Palembang , Sumatera, masih terdapat pembuat kain batik pelangi dan dibuat secara komersial. Di Indonesia kain batik pelangi ini di panggil tritik atau jemputan.